Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera
TEKUN Nasional melaksanakan Program Pembangunan Usahawan untuk membantu bekas anggota tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera dan PERHEBAT. TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan modal perniagaan kepada bekas tentera yang ingin menjalankan perniagaan.
